18/05/2013

Siapa JODOHKU ?

Jodoh itu rahsia ALLAH . 
Itu yang saya pegang .. DIA tentukan kita dengan orang yang salah pada mulanya dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya. Kenapa ? kerana DIA sayangkan kita . Janganlah sesekali kita menjauhi DIA

Jodoh itu rahsia ALLAH .
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika ALLAH s.w.t tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, kita tetap tidak akan bersama dengannya .. 

Jodohku , aku tidak tahu dirimu siapa dan entah dimana . Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan ku luahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita .